KALA MALAM
Cerita yang ingin aku sampaikan pada kali ini adalah suatu cerita yang mungkin belum pernah kamu semua dengar mahupun baca.
Kisahnya bermula begini. Malam yang yang hening dan diterangi sinaran cahaya bulan memperlihatkan segalanya dalam keadaan samar-samar dimata seorang lelaki yang bernama Hafsyam. Dia ini bukanlah seorang yang dikatakan gagah ataupun kuat tetapi dia berani berjalan seorang diri ditempat yang tidak sepatutnya dia lalui. Ada sahaja cerita yang ingin Hafsyam sampaikan kepada penduduk kampung Bukit Mentakah. Disebabkan keberaniannya itu, semua penduduk kampung mempercayai cerita yang di sampaikan olehnya tetapi mereka tidak tahu bahawa segala yang keluar dari mulut Hafsyam adalah bohong semata-mata.
Pada suatu hari, orang kampung dikejutkan dengan kematian Pak Hussin atau nama panggilannya Tok Cin. Menurut kata orang kampung, Tok Cin mati dalam keadaan yang ngeri dan kejam. Ada juga yang berkata, bahawa Tok Cin di bunuh oleh penghuni Kala Malam di mana tempat mayat Tok Cin dijumpai iaitu di Bukit Kala Malam. Cerita tersebut telah membuatkan Hafsyam tertarik untuk pergi ke tempat itu untuk memastikan cerita orang kampung & mendapat perhatian. Dia telah memberi tahu penduduk kampung Bukit Mentakah.
Keesokkan harinya, Hafsyam menuju ke Bukit Kala Malam seorang diri. Dalam perjalanan dia ke sana, dia terlihat banyak pokok-pokok di sepanjang jalan. Hafsyam sedikit ketakutan & menyeramkan. Bulu romanya ternaik apabila terlihat sesuatu yang tidak dapat digambarkan melintasi dihadapannya. Dia berlari sambil memandang ke belakang & terkejut bila lembaga tersebut mengejarnya. Hafsyam terus berlari ke arah hutan yang dimana mayat Tok Cik ditemui. Dia menggigil melihat sekeliling. "Apa yang berlaku ni? Kenapa aku takut? Hahaha!" Hafsyam cuba menenangkan dirinya. "Itu hanya hayalan kau sahaja Syam! Kau berani! Kau kuat!" Hafsyam terus berjalan apabila keadaan kembali seperti biasa.
"Aku tak tahu apa bendanya tadi tu, tapi aku perlu keluar dari tempat gila ni sekarang juga." Bisiknya perlahan. Dia melalui jalan dimana dia datang tadi. Seperti biasa, Hafsyam terasa seram sejuk. Dia buntu, binggung dengan kejadian ini. "Kenapa? Kenapa jalan ni macam tiada penghujung?" Hafsyam resah. Dia melajukan pergerakkannya tetapi sama sahaja. "Kenapa! Tadi dekat sekarang? Jauh tiada penamat!" Hafsyam mula bengang. Dia mengambil batu-batu kecil ditanah lalu melempar ke arah sebuah pokok yang agak besar. Tepat sahaja mengenai sasaran, terus sahaja badannya merasa berat & lemah. "Arghhhh!!!" Hafsyam menjerit kesakitan dengan tiba-tiba. "Panas! Tolong! Panas!" Dia meronta-ronta kepanasan dari dalam tubuh badannya. Entah dari mana dia terlihat sungai yang mengalir, dengan pantasnya dia berlari ke arah sungai itu lalu merendamkan dirinya. Hafsyam berasa lega tetapi apabila dia ingin bangun dari kepalanya terasa ditolak kembali ke dalam air sungai menyebabkan dia lemas. Dia meronta-ronta cuba membangunkan dirinya tetapi tidak boleh kerana tolak itu terlalu kuat. Dia mula berasa dirinya sudah sampai ke akhirnya. Dengan tiba-tiba dia mendonggak & melihat dirinya berada di atas tanah yang berumput.
Hafsyam mula cuak kerana dia berapa betul-betul di tempat mayat Tok Cik dijumpai. Dia bangkit dengan keadaan mengelupuh lalu berlari sepantasnya tetapi dia tetal berada di tempat yang sama. Hafsyam terduduk melutut dengan perasaan kesal & menyesal. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu di belakangnya. Dengan berani dia menoleh & tanpa dia sangka dirinya sedang melihat seorang perempuan yang agak cantik berdiri dihadapannya. "Siapa engkau? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Tanya Hafsyam dengan perasaan bingung. "Aku penjaga tempat ini, dan kau telah mencerobohi kawasan aku!" Perempuan tersebut berkata dengan nada yang tinggi. "Penjaga? Aku tak faham!?" Hafsyam bangkit lalu berkata. "Hahaha! Mulai sekarang kau akan kekal disini menemani aku!" Perempuan tersebut memimpin tangan Hafsyam & dan tanpa Hafsyam sedari kakinya berjalan sendiri. Dia cuba meminta tolong tetapi sia-sia. Dirinya tidak dapat berbuat apa-apa. Dia pasrah & hanya mampu berbisik didalam hati sahaja.
Keesokkan harinya, orang kampung menemui tubuh Hafsyam didalam sungai berhampiran kampung Bukit Mentakah dalam keadaan yang ngeri sama seperti Tok Cik. Selepas kejadian itu, penduduk kampung Mentakah tidak lagi menjejakkan kaki mereka ke Bukit Kala Malam baik yang tua juga muda.

TAMAT
No comments:
Post a Comment