Wednesday, 23 September 2015



7 BERADIK


Cerita yang ingin aku sampaikan pada kali ini merupakan kisah yang pernah terjadi pada diri aku sendiri.




      Kisahnya bermula begini, masa tu aku baru tingkatan 1 & aku seorang yang nakal dari rakan-rakan yang lain. Aku dihantar belajar di salah sebuah sekolah agama JAIM & menetap di asrama lelaki. Memang adat kalau terserempak ataupun ternampak mahkluk-mahkluk yang tidak sepatutnya kita nampak.


       Pada satu malam, dimana masa tu hari cuti hujung minggulah katakan. Aku dengan abang-abang senior yang lain pakat masing-masing kongsi cerita seram yang pernah dilalui. Pada mulanya aku agak keberatan untuk mendengar tapi disebabkan aku dah kebosanan aku dengarkan sahaja. Asrul, senior tingkatan 5 mengongsikan ceritanya mengenai asrama tempat kami menetap. Katanya aras/blog yang aku menetap ni dulunya kawasan larangan sebab keras atau berhantu tapi dibuka kerana terlalu ramai pelajar. Aku dah mula seram, mana taknya dorm aku dahlah aras tempat yang diceritakan tu. "Boleh percaya ke cerita kau ni Asrul?" Tanya aku. "Terpulang..." Asrul menyambung cerita.


      Aras aku ni masa zaman dulu, ada 7 beradik mati kena bunuh dengan askar jepun tapi aku masi lagi tak percaya. "Kalau kau tak percaya, apa kata aku cabar kau buat benda ni" Asrul memandang aku penuh makna. "Buat apa? Lain macam bunyi." Otak aku dah mulah fikir lain. "Aku cabar kau tidur dekat bilik hujung sekali tu, berani?" Asrul tersenyum tanda cabaran. Aku yang tanpa berfikir panjang terus sahaja menerima cabaran tersebut. "Okey! Aku terima cabaran kau!" Aku bangkit & terus berjalan menuju ke arah bilik paling hujung aras aku tu. Sememangnya tiada pelajar dalam bilik tu, yang ada cumalah tilam & bantal sahaja. Rakan-rakan aku yang lain beransur pergi tinggalkan aku berseorangan. Sememangnya aku takut, takut yang teramat. Entah macam mana lebih kurang 5 minit mata aku terasa berat. Jam ditangan menunjukkan angka 1.30 pagi.


      Dengan tidak semena-mena aku terjaga seperti ada yang menggerakkn tubuh badanku. Aku bangkit & melihat sekeliling tetapi kosong tiada sesiapa. Aku berniat untuk melelapkan mata semula. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi orang menjerit. Aku bangun & terus melulu keluar dari bilik tersebut kerana ketakutan. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik itu, aku kaku, mata aku terbeliak melihat sesuatu dihadapan mata yang belum pernah aku lihat. "Pocong!" Aku menjerit & berlari menuju ke aras bawah iaitu aras 2. Dengan tidak sengaja, aku melanggar sesuatu lalu terjatuh berguling-guling. Aku terbaring kesakitan. Aku terasa ada yang yang bersama aku waktu itu & tekaan aku tepat sekali. Ianya mahkluk yang aku nampak tadi. Ia baring di sebelah aku sambil memandang aku. "Arghhhhh!!!!!" Aku bangkit & terus berlari.


      Selepas aku merasa diri aku selamat, aku melihat keadaan sekeliling & kelihatan tiada apa-apa. Aku berjalan keluar darj salah satu bilik aku bersembunyi tetapi tanggapan aku silap. Sebaik sahaja aku melangkah keluar, mahkluk tersebut sedang berada di hujung balkoni. Aku yang tidak tahan dengan perasaan takut terus menjerit & menaiki tangga ke aras aku. Pada waktu itulah aku terserempak dengan pocong 7 beradik itu. Aku terduduk ditepi tangga. "Maafkan aku! Aku tahu aku salah! Aku cakap besar! AKu janji aku takkan riak lagi!Tolong, jangan ganggu aku!" Itu sahaja yang mampu aku katakan waktu itu. Aku tunduk & memejamkan mata kerana ketakutan. Aku berasa kesal akan tindakan yang aku lakukan. 


       Aku terdengar nama aku disebut berkali-kali & badan aku terasa digoncang-goncang. Dengan tiba-tiba aku terjaga akibat siraman air dari rakan-rakanku. Aku melihat sekeliling dengan riak muka yang cuak. "Hanya mimpi! Syukur!" Aku berkata seorang diri. "Mana kau pergi haa!? Dari pagi kitaorang cari kau tak muncul-muncul." Salah seorang rakan aku berkata. Aku mula pelik dengan kata-kata rakanku itu. "Aku ada dalam bilik je lah. Mana ada pergi mana-mana." Kata aku cuak. "Jangan-jangan apa yang aku alami malam tadi bukan mimpi tapi...." Aku berbisik didalam hati. "Jika benar jadi betullah aras aku ni sememangnya berpenghunikan pocong 7 beradik." Sejak dari kes itu, aku mula melihat pelbagai makhluk yang tidak ingin aku lihat. Hanya didalam asrama & bukannya diluar.



TAMAT

Monday, 21 September 2015



KALA MALAM




     Cerita yang ingin aku sampaikan pada kali ini adalah suatu cerita yang mungkin belum pernah kamu semua dengar mahupun baca. 


       Kisahnya bermula begini. Malam yang yang hening dan diterangi sinaran cahaya bulan memperlihatkan segalanya dalam keadaan samar-samar dimata seorang lelaki yang bernama Hafsyam. Dia ini bukanlah seorang yang dikatakan gagah ataupun kuat tetapi dia berani berjalan seorang diri ditempat yang tidak sepatutnya dia lalui. Ada sahaja cerita yang ingin Hafsyam sampaikan kepada penduduk kampung Bukit Mentakah. Disebabkan keberaniannya itu, semua penduduk kampung mempercayai cerita yang di sampaikan olehnya tetapi mereka tidak tahu bahawa segala yang keluar dari mulut Hafsyam adalah bohong semata-mata.


      Pada suatu hari, orang kampung dikejutkan dengan kematian Pak Hussin atau nama panggilannya Tok Cin. Menurut kata orang kampung, Tok Cin mati dalam keadaan yang ngeri dan kejam. Ada juga yang berkata, bahawa Tok Cin di bunuh oleh penghuni Kala Malam di mana tempat mayat Tok Cin dijumpai iaitu di Bukit Kala Malam. Cerita tersebut telah membuatkan Hafsyam tertarik untuk pergi ke tempat itu untuk memastikan cerita orang kampung & mendapat perhatian. Dia telah memberi tahu penduduk kampung Bukit Mentakah.


      Keesokkan harinya, Hafsyam menuju ke Bukit Kala Malam seorang diri. Dalam perjalanan dia ke sana, dia terlihat banyak pokok-pokok di sepanjang jalan. Hafsyam sedikit ketakutan & menyeramkan. Bulu romanya ternaik apabila terlihat sesuatu yang tidak dapat digambarkan melintasi dihadapannya. Dia berlari sambil memandang ke belakang & terkejut bila lembaga tersebut mengejarnya. Hafsyam terus berlari ke arah hutan yang dimana mayat Tok Cik ditemui. Dia menggigil melihat sekeliling. "Apa yang berlaku ni? Kenapa aku takut? Hahaha!" Hafsyam cuba menenangkan dirinya. "Itu hanya hayalan kau sahaja Syam! Kau berani! Kau kuat!" Hafsyam terus berjalan apabila keadaan kembali seperti biasa.


      "Aku tak tahu apa bendanya tadi tu, tapi aku perlu keluar dari tempat gila ni sekarang juga." Bisiknya perlahan. Dia melalui jalan dimana dia datang tadi. Seperti biasa, Hafsyam terasa seram sejuk. Dia buntu, binggung dengan kejadian ini. "Kenapa? Kenapa jalan ni macam tiada penghujung?" Hafsyam resah. Dia melajukan pergerakkannya tetapi sama sahaja. "Kenapa! Tadi dekat sekarang? Jauh tiada penamat!" Hafsyam mula bengang. Dia mengambil batu-batu kecil ditanah lalu melempar ke arah sebuah pokok yang agak besar. Tepat sahaja mengenai sasaran, terus sahaja badannya merasa berat & lemah. "Arghhhh!!!" Hafsyam menjerit kesakitan dengan tiba-tiba. "Panas! Tolong! Panas!" Dia meronta-ronta kepanasan dari dalam tubuh badannya. Entah dari mana dia terlihat sungai yang mengalir, dengan pantasnya dia berlari ke arah sungai itu lalu merendamkan dirinya. Hafsyam  berasa lega tetapi apabila dia ingin bangun dari kepalanya terasa ditolak kembali ke dalam air sungai menyebabkan dia lemas. Dia meronta-ronta cuba membangunkan dirinya tetapi tidak boleh kerana tolak itu terlalu kuat. Dia mula berasa dirinya sudah sampai ke akhirnya. Dengan tiba-tiba dia mendonggak & melihat dirinya berada di atas tanah yang berumput.


      Hafsyam mula cuak kerana dia berapa betul-betul di tempat mayat Tok Cik dijumpai. Dia bangkit dengan keadaan mengelupuh lalu berlari sepantasnya tetapi dia tetal berada di tempat yang sama. Hafsyam terduduk melutut dengan perasaan kesal & menyesal. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu di belakangnya. Dengan berani dia menoleh & tanpa dia sangka dirinya sedang melihat seorang perempuan yang agak cantik berdiri dihadapannya. "Siapa engkau? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Tanya Hafsyam dengan perasaan bingung. "Aku penjaga tempat ini, dan kau telah mencerobohi kawasan aku!" Perempuan tersebut berkata dengan nada yang tinggi. "Penjaga? Aku tak faham!?" Hafsyam bangkit lalu berkata. "Hahaha! Mulai sekarang kau akan kekal disini menemani aku!" Perempuan tersebut memimpin tangan Hafsyam & dan tanpa Hafsyam sedari kakinya berjalan sendiri. Dia cuba meminta tolong tetapi sia-sia. Dirinya tidak dapat berbuat apa-apa. Dia pasrah & hanya mampu berbisik didalam hati sahaja.


      Keesokkan harinya, orang kampung menemui tubuh Hafsyam didalam sungai berhampiran kampung Bukit Mentakah dalam keadaan yang ngeri sama seperti Tok Cik. Selepas kejadian itu, penduduk kampung Mentakah tidak lagi menjejakkan kaki mereka ke Bukit Kala Malam baik yang tua juga muda.




TAMAT