Wednesday, 23 September 2015



7 BERADIK


Cerita yang ingin aku sampaikan pada kali ini merupakan kisah yang pernah terjadi pada diri aku sendiri.




      Kisahnya bermula begini, masa tu aku baru tingkatan 1 & aku seorang yang nakal dari rakan-rakan yang lain. Aku dihantar belajar di salah sebuah sekolah agama JAIM & menetap di asrama lelaki. Memang adat kalau terserempak ataupun ternampak mahkluk-mahkluk yang tidak sepatutnya kita nampak.


       Pada satu malam, dimana masa tu hari cuti hujung minggulah katakan. Aku dengan abang-abang senior yang lain pakat masing-masing kongsi cerita seram yang pernah dilalui. Pada mulanya aku agak keberatan untuk mendengar tapi disebabkan aku dah kebosanan aku dengarkan sahaja. Asrul, senior tingkatan 5 mengongsikan ceritanya mengenai asrama tempat kami menetap. Katanya aras/blog yang aku menetap ni dulunya kawasan larangan sebab keras atau berhantu tapi dibuka kerana terlalu ramai pelajar. Aku dah mula seram, mana taknya dorm aku dahlah aras tempat yang diceritakan tu. "Boleh percaya ke cerita kau ni Asrul?" Tanya aku. "Terpulang..." Asrul menyambung cerita.


      Aras aku ni masa zaman dulu, ada 7 beradik mati kena bunuh dengan askar jepun tapi aku masi lagi tak percaya. "Kalau kau tak percaya, apa kata aku cabar kau buat benda ni" Asrul memandang aku penuh makna. "Buat apa? Lain macam bunyi." Otak aku dah mulah fikir lain. "Aku cabar kau tidur dekat bilik hujung sekali tu, berani?" Asrul tersenyum tanda cabaran. Aku yang tanpa berfikir panjang terus sahaja menerima cabaran tersebut. "Okey! Aku terima cabaran kau!" Aku bangkit & terus berjalan menuju ke arah bilik paling hujung aras aku tu. Sememangnya tiada pelajar dalam bilik tu, yang ada cumalah tilam & bantal sahaja. Rakan-rakan aku yang lain beransur pergi tinggalkan aku berseorangan. Sememangnya aku takut, takut yang teramat. Entah macam mana lebih kurang 5 minit mata aku terasa berat. Jam ditangan menunjukkan angka 1.30 pagi.


      Dengan tidak semena-mena aku terjaga seperti ada yang menggerakkn tubuh badanku. Aku bangkit & melihat sekeliling tetapi kosong tiada sesiapa. Aku berniat untuk melelapkan mata semula. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi orang menjerit. Aku bangun & terus melulu keluar dari bilik tersebut kerana ketakutan. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik itu, aku kaku, mata aku terbeliak melihat sesuatu dihadapan mata yang belum pernah aku lihat. "Pocong!" Aku menjerit & berlari menuju ke aras bawah iaitu aras 2. Dengan tidak sengaja, aku melanggar sesuatu lalu terjatuh berguling-guling. Aku terbaring kesakitan. Aku terasa ada yang yang bersama aku waktu itu & tekaan aku tepat sekali. Ianya mahkluk yang aku nampak tadi. Ia baring di sebelah aku sambil memandang aku. "Arghhhhh!!!!!" Aku bangkit & terus berlari.


      Selepas aku merasa diri aku selamat, aku melihat keadaan sekeliling & kelihatan tiada apa-apa. Aku berjalan keluar darj salah satu bilik aku bersembunyi tetapi tanggapan aku silap. Sebaik sahaja aku melangkah keluar, mahkluk tersebut sedang berada di hujung balkoni. Aku yang tidak tahan dengan perasaan takut terus menjerit & menaiki tangga ke aras aku. Pada waktu itulah aku terserempak dengan pocong 7 beradik itu. Aku terduduk ditepi tangga. "Maafkan aku! Aku tahu aku salah! Aku cakap besar! AKu janji aku takkan riak lagi!Tolong, jangan ganggu aku!" Itu sahaja yang mampu aku katakan waktu itu. Aku tunduk & memejamkan mata kerana ketakutan. Aku berasa kesal akan tindakan yang aku lakukan. 


       Aku terdengar nama aku disebut berkali-kali & badan aku terasa digoncang-goncang. Dengan tiba-tiba aku terjaga akibat siraman air dari rakan-rakanku. Aku melihat sekeliling dengan riak muka yang cuak. "Hanya mimpi! Syukur!" Aku berkata seorang diri. "Mana kau pergi haa!? Dari pagi kitaorang cari kau tak muncul-muncul." Salah seorang rakan aku berkata. Aku mula pelik dengan kata-kata rakanku itu. "Aku ada dalam bilik je lah. Mana ada pergi mana-mana." Kata aku cuak. "Jangan-jangan apa yang aku alami malam tadi bukan mimpi tapi...." Aku berbisik didalam hati. "Jika benar jadi betullah aras aku ni sememangnya berpenghunikan pocong 7 beradik." Sejak dari kes itu, aku mula melihat pelbagai makhluk yang tidak ingin aku lihat. Hanya didalam asrama & bukannya diluar.



TAMAT

No comments:

Post a Comment